Simu Liu Tayang Teman Wanita Di Karpet Merah Anugerah ESPY
Seminggu kemudian, Jade hadir menemani Simu di rancangan Jimmy Kimmel Live untuk bercakap kepada hos Chelsea Handler, mengenai buku terbaharunya, We Were Dreamers.
Akaun Instagram pasangan itu turut menguatkan lagi gosip percintaan yang bertiup kencang. Kedua-duanya berkongsi foto daripada percutian di Bahamas pada penghujung bulan lalu, malah Simu turut meninggalkan komen ringkas pada hantaran terbaharu aktres itu.
Tidak dapat dipastikan bagaimanakah perkenalan kedua-dua pelakon itu namun mereka telah mengenali satu sama lain sejak beberapa tahun lalu sebelum dirakam bersama buat kali pertama di Unforgettable Gala 2019, rancangan anugerah tahun yang meraikan bakat Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik dalam bidang media.

Foto: Getty Images
Foto: Getty Images
Baca: Taylor Swift & Joe Alwyn Bawa Perhubungan Cinta Ke Tahap Seterusnya