Siti Saleha Sah Bertunang Dengan Joshua Fitton
She said YES! Cinta Joshua Milik Siti Saleha
“2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut. Awak nampaknya tidak bersedia dengan pengumuman tersebut.”- ujar Siti Saleha katanya kepada Joshua sambil ketawa.
Diketahui Siti Saleha yang mula memperkenalkan Joshua, pasangan berdarah kacukannya sebagai kekasih pada Disember 2022, Sally lebih terbuka dalam berkongsi kisah manisnya dan kini memilih untuk tidak lagi menyembunyikan kebahagiaan hatinya. Beliau berbeza dengan selebriti lain yang cenderung menjaga privasi dalam perihal status cinta.
“Staying sharp and classy in @atelierfitton“ Sally terlihat menggayakan busana putih yang direka oleh kekasihnya Joshua Fitton bersama tas tangan kulit dari Delvaux tampak begitu elegan dan Joshua hadir dalam persalinan all black di acara karpet merah KLFA, 8 November lalu.
Di sebalik gemerlapan pentas peragaan dan kilauan sorotan kamera, tersembunyi sebuah kisah cinta yang bersinar lebih jelas terpancar kemesraan dan keserasian di antara mereka. Joshua agak terkejut dengan ekspresi wajahnya dan sedikit tergamam hanya mampu mengukir senyuman sambil mencerna pengumuman mengejut itu.