GBC Lulus: Sempurna Rutin Kecantikan Anda Dengan 5 Produk Terbaik Ini
Untuk bulan ini, Editor GBC memilih lima produk kecantikan ini untuk anda mendapatkan hasil yang sempurna untuk rutin kecantikan anda.
Ketahui 5 Produk Kecantikan Untuk Bulan Ini Yang Wajib Anda Cuba
1. Anastasia Beverly Hills Volumizing Tinted Brow Gel
Siapa sahaja tidak mengenali Dipbrow Pomade, best-seller product daripada Anastasia Beverly Hills. Secara peribadi, saya juga menggunakannya sehingga sekarang. Kali ini, saya dapat menyempurnakan fluffy brow routine dengan Volumizing Tinted Brow Gel, produk baharu daripada Anastasia Beverly Hills. Ia merupakan produk yang memberikan kepuasan menakjubkan apabila saya menggunakannya. Kuncinya terletak pada tekstur gel seperti mousse yang berat kerana ia menyaluti seluruh bulu kening, namun boleh kekal dibina dan dicampur sebelum ditetapkan. Ia juga kekal sehingga 24 jam hasil formula istimewa kalis air produk yang tahan lama.
2. Guerlain Rouge G
Finally! Saya menemui gincu bibir baharu yang menyerlahkan kecantikan bibir. Apa yang saya sukai tentang gincu bibir Rouge G, ia dibangunkan secara eksklusif dengan lilin semula jadi termasuk ekstrak lily oleo. Dicipta dengan bunga lily yang dipadankan dengan minyak badam manis, kompleks eksklusif ini mempunyai ciri-ciri melicinkan dan menghidratkan bibir saya. Saya dapati Rouge G melindungi dan membantu penjanaan semula bibir. Apa yang menarik lagi tentang Rouge G ialah bekas gincu permata yang ikonik yang direka untuk diisi semula dan boleh disimpan.
3. La Prairie Life Matrix Haute Rejuvenation Cream
Dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu, sudah pasti anda memerlukan dua krim pelembap untuk siang dan malam. Krim pelembap pilihan saya untuk waktu malam ialah Life Matrix Haute Rejuvenation Cream daripada La Prairie. Krim pelembap ini mengandungi Exclusive Matrix Complex baharu.
Pada asasnya, La Prairie Life Matrix Haute Rejuvenation Cream mencergaskan, menghaluskan tekstur kulit serta mengurangkan penampilan kedutan. Hasilnya saya dapati ia memberikan kulit yang licin dan kelihatan sihat dari dalam. Worth every penny!
4. Armani Beauty Prisma Glass
Sebagai seseorang yang meminati dan memiliki pelbagai pengilat bibir, saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba pengilat bibir daripada Giorgio Armani. Prisma Glass Lip Gloss ini sangat ringan kerana ia berasaskan minyak yang diperkaya dengan Squalane. Ia memberikan hidrasi selama 24 jam untuk bibir yang halus dan licin. Gloss ini juga menawarkan kilauan bersinar dengan kemasan prismatik untuk bibir kelihatan lebih cantik dan melindungi bibir dengan kilauan seperti kaca yang sesuai untuk semua tona kulit. Another gloss to add into your collection!
5. Bobbi Brown Weightless Skin Foundation SPF 15 PA++
The time has come. Saya keluar dari zon selesa untuk mencuba bedas asas yang baharu. Kali ini, saya telah mencuba Bobbi Brown Weightless Skin Foundation SPF 15 PA++. Ia memberikan kelembapan dan ketahanan selama 24 jam untuk hasil kemasan matte semulajadi yang kelihatan seperti kulit. Direka bentuk untuk memberikan kemasan kulit asli tanpa cela yang tahan sepanjang hari, bedak asas ini meningkatkan kecantikan semula jadi saya tanpa menutupinya.
Artikel berkaitan: GBC Lulus: Editor GBC Mencuba Rutin Penjagaan Kulit Sol De Janeiro