GBC di Tokyo Bersama Pelakon Charlie’s Angels, ELLA BALINSKA
GLAM Beauty Club mendekati pelakon terkenal, Ella Balinska untuk sesi temubual bersama Clé de Peau Béauté.
Buat anda yang tidak mengenali siapakah Ella Balinska, beliau pernah membintangi filem terkenal Charlie’s Angels bersama Kristen Stewart dan Naomi Scott. Malah, dia turut berlakon dalam siri Resident Evil di Netflix.

Gambar Instagram Ella Balinska
Baru-baru ini Beauty Editor GLAM, Julia Azman diterbangkan ke Tokyo, Jepun untuk acara global bersama Clé de Peau Béauté. Turut hadir duta global jenama kosmetik itu, Ella Balinska dan Diana Silverss.Seperti tidak percaya, dapat bersua-muka bersama bintang Hollywood yang semakin dikenali ini. GBC diberi kesempatan untuk mewawancara bersama Ella Balinska dan ketahui kisah menarik mengenai rahsia cantiknya.
BEAUTY RADAR BERSAMA ELLA BALINSKA
Apakah produk Clé de Peau Beauté pertama yang diperkenalkan kepada anda?
Apabila saya mula-mula memasuki industri dan mula menghadirikan diri ke acara glamor atau pergi ke pertunjukan fesyen. Saya akan membawa skuad glam yang akan membantu saya untuk bersiap. Setiap kali apabila bersiap, secara konsisten dalam kit beg solekan pasti ada concealer Clé de Peau Beauté. It was a product that became like home to me! Walaupun bekerja dengan jurusolek baru, mereka pasti akan menggunakan produk ini.
Apakah ilham cantik karpet merah kegemaran anda?
Setiap kali hadir ke karpet merah, saya gemar ilham itu menerusi trend fesyen dan menyuap elemen itu kepada gaya dandanan rambut, solekan dan juga persalinan saya. Saya amat selesa dan gemarkan gaya elegan nan berani.
Bagaimanakah pendekatan anda terhadap rutin sihat anda yang berubah mengikut peranan watak?
Secara jujur, saya seorang yang aktif bersukan. Lantas, tidak perlulah saya untuk menukar rutin mengikut watak yang diberikan. Kecergasan bagi saya sangat berkait rapat dengan kesihatan mental saya. Saya mendapati bahawa dengan watak yang mencabar emosi ini kalau bersenam adalah cara terbaik apabila saya perlu kekal fokus!

Gambar Instagram Ella Balinska
Artikel berkaitan Skop Cantik : GLAM Beauty Club