Barisan Selebriti Tersohor Yang Menyokong Kelestarian Alam Sekitar
Julia Roberts
Menyokong kelestarian alam sekitar sejak hampir dua dekad lalu, Julia Roberts membina rumah mesra alam di Malibu menggunakan bahan ekologi dan kitar semula serta kayu dari hutan yang diuruskan secara mampan. Dia juga sentiasa membawa cawan guna semula apabila ke mana-mana dan hanya menggunakan lampin mesra alam buat anak-anaknya sewaktu mereka bergelar bayi. Julia berkata anak-anaknya adalah sebab utama dia menyedari bahawa dia perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memelihara Bumi.

Foto: Getty Images
0 Comments