15 Selebriti Berhijab Paling Stylish 2022 – Page 13 – Glam Malaysia
15 Selebriti Berhijab yang Stylish 2022

15 Selebriti Berhijab Paling Stylish 2022

Shahilah Hamzah

Penyanyi antarabangsa ini selalu sahaja dilihat berpakaian sopan namun sangat bergaya. Shila nampak tidak gentar bereksperimen dengan warna. Lihat sahaja baju merah jambu terang yang digayanya. Dipadankan pula dengan selendang rona merah jambu dan solekan mata nan sarat. Colour blocking yang manis dan ceria. Semestinya menjadi inspirasi gaya formal yang elegan namun masih tampil funky. Juga dapat dilihat, tiada limitasi lagi dalam padanan warna pakaian dalam gaya harian Shila Hamzah.