10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati – Page 6 – Glam Malaysia

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

[tps_title]Monteverdi, Itali[/tps_title]

Terletak di kawasan pergunungan Tuscany, Itali Monteverdi menjanjikan pengalaman yang menakjubkan untuk anda dan pasangan anda sepanjang anda berada di sana. Rekaan minimal yang menghiasi kebanyakan bilik-bilik dan villa di Monteverdi sudah cukup untuk membangkitkan rasa romantik dalam diri anda. Jika anda dan pasangan sukakan pengembaraan, anda boleh terokai kawasan istana kurun ke-12 yang terbiar. Untuk pilihan bilik pula, bergantung kepada apa yang anda mahukan kerana kesemua bilik dan villa mereka sangat luas dan sangat sesuai juga untuk membawa keluarga anda sekali.