10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi – Page 5 – Glam Malaysia

10 Pelakon Hollywood Yang Juga Penyanyi

Donald Glover

Donald Glover atau nama pentasnya Childish Gambino merupakan seorang pelakon, pelawak, penulis, DJ dan juga ahli musik. Mendapat perhatian daripada Tina Fey, Donald lantas diambil sebagai seorang penulis dalam rancangan 30 Rock dan seterusnya memainkan watak sebagai Troy Barnes dalam siri Community. Donald juga mengeluarkan albumnya yang pertama Camp pada tahun 2011 dan album keduanya Because the Internet pada tahun 2013. Beliau juga dicalonkan dalam dua kategori untuk Grammy Awards 2015.