5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi – Page 4 – Glam Malaysia

5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi

Kota London Kota Percintaan

Aduh, cemburu melihat kemesraan suami isteri Fazura dan Fattah Amin juga Afzan Shakira dan suaminya  atau Chryseis Tan dan suami saat percutian di kota London. Betapa romantisnya mereka berdua menikmati kemanisan alam rumah tangga.

Bagi anda yang mahu melanjutkan percutian di Eropah, boleh lah memilih penginapan Royal Garden Hotel. Hotel ini paling dekat dengan Hyde Park dan musium malah anda boleh hanya berjalan kaki ke Harrod. Bagi anda yang menggemari santai di market Leicester Square boleh berada di situ sepanjang hari dan pulang berehat lebih mudah. Suasana romantis lebih menyerlah saat berdua berjalan kaki dengan pasangan anda.

 

https://www.instagram.com/p/BdnyeM-g4Sm/