5 Destinasi Dikunjungi Selebriti Jadi Inspirasi
Kunjungan Ke Negara Eksotik
India jadi tumpuan dunia dengan berlangsungnya perkahwinan intimasi Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Sememangnya kemeriahan dirasakan semua melihat acara gilang-gemilang pasangan pelakon dan penyanyi ini. Betapa mereka sekeluarga semalaman bernyanyi dan menari. Istana mewah di India menjadi pilihan mereka mengikat ikatan sebagai suami isteri.
Sememangnya India terkenal dengan varian budaya dan tradisinya. Melihat filem Hindi sudah cukup untuk meruntun hati berkunjung ke negara kelahiran Priyanka Chopra. Apa kata anda memilih Fairfield by Marriott Goa Anjuna yang hanya 40 km daripada Dabolim Airport. Malah hotel ini juga dekat dengan beberapa destinasi menarik untuk dikunjungi seperti Chapora Fort, The Saturday, Club Cabana dan paling dekat dengan pantai Anjuna dan Baga.
https://www.instagram.com/p/Bq9zIPDHZ1l/