Ada Apa Dengan Tasmania, Australia? – Page 3 – Glam Malaysia

Ada Apa Dengan Tasmania, Australia?

[tps_title]Percutian Menawan Di Tasmania[/tps_title]

  1. Riadah santai – Bercuti bukan bererti anda benar-benar berehat. Apa kata cabar diri anda dengan aktiviti ‘sightseeing’ di Cataract Gorge yang terkenal dengan titian paling panjang di dunia. Menghabiskan masa terluang anda di 12 lokasi ‘Great Walks’ di Australia, Freycinet Experience Walkialah perjalanan kaki berjadual selama empat hari, melewati sepanjang persisir pantai Tanjung Freycinet di timur laut Tasmania. Dan lebih menarik sepanjang bulan April dan awal Mei, anda berpeluang menyaksikan perubahan warna pada hutan pokok Fagus dari hijau ke jingga, kuning, emas dan kemerah-merahan. Pokok Fagus adalah satu-satunya pokok beriklim sejuk dunia yang hanya terdapat di kawasan tanah Tinggi Tasmania seperti di Cradle Mountain-Lake St Clair National Park dan sekitar Tasik Fenton di Mount Field National Park.