#CARRECLUB Hermès di Singapura Meraikan Sebuah Legasi – Page 21 – Glam Malaysia

#CARRECLUB Hermès di Singapura Meraikan Sebuah Legasi

[tps_footer]

 

Ini merupakan sambutan Carré Club terbesar kerana menghimpunkan sembilan ruang kreatif yang cukup luas serta mempunyai aktiviti yang lebih terperinci. Apa yang boleh disimpulkan buat acara ini, setiap pojok komponen yang dicipta adalah social media worthy! Bermula dari ruang pendaftaran, kemudian disediakan tiga ruang penggambaran. Carré Click and Check ini disediakan skarf mewah Hermès untuk padu padan gambar yang bakal dimuat naik di laman sosial di bawah hashtag, #Carreclub. Sememangnya Hermès cukup menghargai aktiviti seni, Carré Studio menghimpunkan enam landasan seni berbeza antaranya Gianpaolo Pagni yang mencipta cetak ilustrasi baru di atas skarf sutera, Ugo Gattoni dan Jean Simon Roch dengan lakaran lukisan mereka. Keng Saw yang hebat melakar garisan potret dalam gaya quirky serta Izziyana Suhaimi mencipta sulaman atas skarf sutera Hermès. Kesemua seni ini disampaikan secara live buat pengunjung agar lebih memahami serta dapat mempelajari hasil nukilan seni dengan lebih dekat. Bukan sekadar itu, bangunan dua tingkat ini turut menyediakan ruang menarik yang lain seperti Carré Cut, Carré Cafe, Carré Stories, Carré-OK, Carré Disco, Carré Park dan Carré Mania.

[/tps_footer]