Himpunan Rutin Pagi 7 Wanita Berjaya Era Ini – Page 4 – Glam Malaysia

Himpunan Rutin Pagi 7 Wanita Berjaya Era Ini

[tps_title]4. Oprah Winfrey, pengacara, dermawan dan mogul media[/tps_title]

Billionaire dan seorang yang kian hari mencipta sejarah, Oprah bangun dari tidurnya antara pukul 5:30 hingga 6 pagi. Beliau akan ke gim terdahulu sebelum bersiap-siap untuk shoot pada hari tersebut. Selalunya, pada pukul 12 tengah hari, Oprah telah habis penggambaran untuk dua buah filem. Beliau gemar akan jus atau smoothie yang diperbuat daripada bayam, daul pasli, epal dan saderi berserta timun yang siap diblend-kan.