Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa – Page 2 – Glam Malaysia

Selebriti Asia Menembusi Pasaran Antarabangsa

 

Iko memperkenalkan pencak silat di Hollywood

 

[tps_title]Iko Uwais[/tps_title]

Kehebatan seni mempertahankan diri Iko Uwais menerusi filem Merantau dan The Raid telah menambah hati pembikin filem Hollywood dan menawarkan peranan di dalam filem Mile 22 lakonan disamping Mark Wahlberg.

 

Lebih membanggakan, Iko Uwais mengangkat pencak silat menerusi filem aksi tersebut. Malah, Iko Uwais dan kumpulannya yang mengkrafkan babak aksi filem Mile 22. Begitulah bangganya Negara Indonesia dengan memuncaknya nama Iko Uwais dipersada antarabangsa.

 

Terkini, Iko Uwais sedang melanjutkan menggambaran Wu Assassins untuk Netflix dan diharap mampu melihatnya di layar perak dengan aksi pencak silatnya.