Senarai Jutawan Paling Muda Di Dunia – Page 4 – Glam Malaysia

Senarai Jutawan Paling Muda Di Dunia

4. Mark Zuckerberg

Spain: Mark Zuckerberg in BarcelonaGambar: TPGVIP

Umur: 33 tahun
Nilai kekayaan: US$73.3 bilion

Siapa tidak kenal akan pengasas Facebook ini yang memacu arus dunia media sosial. Pendapatan Facebook dilaporkan meningkat sebanyak 58% pada tahun 2014 kepada US$12.5 bilion. Instagram yang dimiliki Facebook pada tahun 2012 kini mempunyai lebih 300 juta pengguna manakala Whatsapp yang dibeli tahun lalu pada harga US$19 bilion kini mempunyai 700 juta pengguna. Mark turut dilaporkan membeli hartanah seluas 700 ekar di Hawaii dengan harga US$100 juta.