Tayangan Perdana Avengers: Age of Ultron
Tunjang utama filem Avengers: Age of Ultron serta ramai selebriti lain hadir ke tayangan perdana filem Avengers: Age of Ultron pada 13 April 2015 bertempat di Dolby Theatre, Los Angeles. Masing-masing tampil dalam busana pilihan ringkas dengan menyuntik personaliti mereka kala melangkah di hamparan merah.
Filem Avengers kali ini kembali dengan aksi yang lebih mengujakan buat semua adiwira yang berusaha menyelamatkan bumi dari ancaman yang lebih dahsyat. Jangan lupa untuk ke panggung nanti bagi menyaksikan filem lakonan Robert Downey Jr, Chris Evans, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth dan ramai lagi.
Scarlett Johansson
Elizabeth Olsen
Cobie Smulders
Sam & Aaron Taylor-Johnson
Linda Cardellini
Chris Hemsworth
Chris Evans
Gambar: TPGVIP