5 Idea Bijak Sistem Penstoran Bilik Air

5 Idea Bijak Sistem Penstoran Bilik Air

Delos8_duravit
 
Kamar kecil antara ruang yang sering dipandang enteng dan remeh. Ikuti 5 idea bijak sistem penstoran bilik air untuk tampil lebih praktikal, segar dan bersih!
 
1. Kabinet Dinding – Gantungkan kabinet rekaan ringkas sama ada berpintu atau rak terbuka di sisi dinding kosong. Setiap rak berbeza menyimpan pelbagai barangan bilik mandi.
 
2. Rak Tangga – Pereka, Ana White dari Ana-White.com membina rak tangga kayu untuk menyimpan perkara berbeza di setiap tingkat. Rak tangga kayu boleh dicat mengikut pilihan warna peribadi selain mencipta dimensi ruang.
 
3. Inspirasi Vintaj – Cadangan pereka, Sarah Richardson agar penghuni menggunakan bakul rotan besar lama untuk mengisi baju-baju kotor atau tuala bersih apabila mandi. Aturkan bakul di bawah sinki atau pojok ruang mandi.
 
4. Unit Rak Rekaan Sendiri – Binaan rak mengikut jenis keperluan dan reka bentuk semasa kamar mandi sememangnya sukar dicari. Apa anda boleh cuba ialah, cantumkan rekaan rak-rak kayu yang dibeli berasingan sehingga membentuk satu binaan rak dengan para berbeza. Setiap petak rak membolehkan anda menyimpan bermacam barangan tanpa pemandangan semak.
 
5. Rak Tuala Gaya Tropika – Tangga buatan kayu ringan adalah cukup bergaya! Pereka Luis Caicedo mencadangkan tempat menggantung tuala ini kerana tidak memakan banyak ruang, serta mudah bersatu dengan apa jua konsep kamar kecil.