Destinasi – Open House Ruang Gastronomi Ekstotik Moden – Page 3 – Glam Malaysia

Destinasi – Open House Ruang Gastronomi Ekstotik Moden

Ruang makan pertama dinamakan sebagai ruang peranakan dengan mengangkat gaya dekorasi ala klasik Melaka dalam mainan rona terang merah sebagai latar utama. Sesuai untuk mereka yang mahu bersantai bersama teman dalam kumpulan yang kecil, sekitar lapan orang, ia dilengkapi ruang seakan ruang tamu untuk menikmati hidangan ringan sebelum anda menjamu selera dengan menu utama di meja makan.