Fokus – Cita Rasa Persona Peribadi – Page 5 – Glam Malaysia

Fokus – Cita Rasa Persona Peribadi

Seri Dinding

Biarpun cat menjadi pilihan yang popular, namun kertas dinding boleh dipertimbangkan untuk kamar beradu anda. Selain saiz ruang yang lebih kecil berbanding ruang utama yang lain, anda boleh bereksperimen kerana ruang ini dikira ruang yang lebih peribadi. Polos bertekstur, cetakan berwarna, motif flora dan fauna atau moden geometri semuanya memberi efek berbeza pada keseluruhan ruang. Pilihan warna yang kontras namun harmoni bersama seleksi perabot penting agar anda berasa damai setiap kali melangkah masuk. Sebaiknya pilih perabot dahulu. Tatkala memilih kertas dinding lebih mudah jika anda turut hadir bersama contoh lantai jika anda turut merubah warna dan tekstur pada kemasan lantai.