Fokus – Figura Berpengaruh Dunia Rekaan – Glam Malaysia

Fokus – Figura Berpengaruh Dunia Rekaan

[tps_header]Barisan insan berpengaruh membantu menetapkan gaya dan trend dunia dekorasi sebagai inspirasi dan panduan untuk para pengguna. Setiap mereka mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri.[/tps_header]

Philippe Starck

Pereka dan arkitek terkenal Perancis, Phillipe Starck terkenal dengan reka bentuk perabot dan aksesori bergaris organik dan cecair. Starck membina reputasi antarabangsa menerusi kolaborasi jitu dengan jenama terkenal; rekaan bot untuk Bénéteau, botol air mineral untuk Glacier, peralatan dapur – juicer Juicy Salif untuk Alessi, berus gigi untuk Fluocaril dan bagasi untuk Samsonite. Kerusi Louis Ghost Kartell – adaptasi reka bentuk kerusi Louis XVI klasik diperbuat daripada polikarbonat oleh Starck diangkat sebagai antara rekaan kerusi terbaik dunia dengan prestasi jualan lebih dari 1.5  juta unit.