Fokus – Figura Berpengaruh Dunia Rekaan
Patricia Urquiola
Pereka wanita yang dilahirkan di Oviedo, Sepanyol terkenal dengan keberaniannya meneroka reka bentuk dan bahan di luar jangkaan. Identiti Urquiola adalah polos, permukaan licin berkilat, bergaya kontemporari refleksi warisan tradisi Sepanyol dan Itali. Berlatar belakang seni bina dari Madrid, Urquiola banyak menjalin kolaborasi reka bentuk dengan nama besar reka bentuk dunia termasuk Kartell dan Boffi.
0 Comments