Inovasi Pelengkap Dapur
Panasonic Food Processor MK-F800SSR
Rangkaian alatan memastikan kerja lebih pantas tatkala anda menyediakan menu pilihan untuk sekeluarga. Alatan yang dilengkapi 13 aksesori versatil memberikan pilihan 33 fungsi untuk proses penyediaan juadah pilihan anda. Bukan hanya mengisar dan mencincang, gajet ini turut dilengkapi fungsi menyagat, membuat potongan nipis, memukul, serta pelbagai fungsi lain. Anda turut boleh memerah buahan sitrus atau memotong kentang dengan bentuk seperti kentang goreng seperti yang tersedia di pasar raya.
0 Comments