Fokus – Pilihan Arkib Tekstil – Page 2 – Glam Malaysia

Fokus – Pilihan Arkib Tekstil

METALIK

Berkilau bagaikan riak-riak air yang berwarna-warni. Teknologi terkini membawakan penghasilan fabrik metalik bercorak timbul (embossed), bertekstur seperti tenunan dan garisan simetri atau cetakan corak flora atau pasley. Rekaan alas meja, table runner, sarung kusyen dan langsir boleh menggunakan fabrik jenis ini. Fabrik metalik berwarna keemasan legap, tembaga gelap atau perak gelap mencipta suasana elegan mewah.

Tip Penting

  1. Warna metalik mudah luntur, tidak menyerap haba dan licin; tidak sesuai sebagai fabrik aksesori katil.
  2. Fabrik jenis metalik untuk langsir boleh digunakan pada ruang-ruang yang tidak dimasuki cahaya matahari siang secara terus agar warna tidak luntur dalam waktu cepat.
  3. Boleh dibasuh dengan air dan mesin tetapi jika terkena air berwarna atau manis, fabrik akan menjadi bertompok-tompok.
  4. Metalik mudah dijaga jika kena cara penjagaan.