Fokus – Pilihan Arkib Tekstil
ORGANZA SHEER
Fabrik jarang yang dilihat mewah untuk aksesori tetingkap dan pintu gelangsar. Sering dilihat dalam warna-warna mendalam seperti marun, ungu dan biru nilam. Pilihan fabrik jenis ini memercikkan rasa romantis di kamar beradu. Bersifat lut sinar dan ringan, fabrik jarang ini sesuai untuk mencipta gaya rustik atau vintaj.
Tip Penting
- Organza tidak sesuai untuk mereka yang mementingkan privasi kerana fabrik jenis ini lut sinar.
- Warna mudah luntur dan tekstur fabrik agak keras, rumit untuk kerja-kerja penggayaan.
- Kepelbagai cetakan corak dan teknik warna, mudah untuk mereka langsir atau alas meja.
- Jika fabrik terlalu jarang walaupun memiliki cetakan corak, organza tidak cantik dijadikan sarung kusyen.
0 Comments