Fokus – Pilihan Arkib Tekstil
FAUNA
Celoreng kuda belang, tompokan cheetah, bentuk muka singa atau lakaran corak kehidupan haiwan tropika antara ledakan trend dekor hari ini. Mainan skala cetakan corak, padanan warna memainkan peranan penting. Pilihan warna latar fabrik dalam spektrum kelam menimbulkan aura seksi dalam masa sama elegan. Bagi memastikan penampilan tidak kelihatan murah dan ketinggalan, pilih corak yang berdimensi atau padanan warna spektrum yang sama. Motif ini sesuai menghiasi ruang kerja, bilik mainan anak-anak dan ruang tamu – dalam gaya kasual.
Tip Penting
- Rekaan corak berskala besar kelihatan lebih menarik dan bold.
- Kemasan kertas dinding lakaran lukisan kehidupan di dalam hutan seperti monyet berkeliaran, burung berterbangan mencipta satu dimensi segar untuk kemasan dinding sebagai titik fokal kediaman.
- Corak fauna boleh dilihat moden bergantung pada padanan warna latar; pastel atau pilihan klasik hitam dan putih.
0 Comments