#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman – Page 2 – Glam Malaysia

#StayHomeWithGD: Tip & Cara Membasmi Kuman Di Kediaman

2. Gunakan campuran peluntur dan cuka untuk membersih lantai.

Anda perlu membersih atau mengemop lantai dapur dan bilik mandi sekurang-kurangnya sekali sehari. Gunakan formula 1 cawan peluntur dengan 5 gelen air untuk membersih permukaan lantai. Diingatkan, pembersih peluntur hanya sesuai digunakan untuk lantai berjubin. Ketika mengemop, berikan perhatian pada liang-liang sambungan antara jubin. Tekan atau gosok mop lebih kuat untuk pembersihan optimum. Bagi permukaan lantai kayu, cukup sekadar menggunakan 1/2 cawan cuka dan 1 gelen air untuk membersih.