Fokus – Trend Dekorasi 2020
Ramalan trend warna dan reka bentuk untuk tahun 2020
Kini ramai yang terarah dan semakin sensitif terhadap alam dan habitat semula jadi. Justeru pakar warna lebih memfokuskan kepada warna-warna semula jadi, menggunakan lebih nuansa neutral dan rona yang mendamaikan. Warna lain yang dijangka popular antaranya, ungu. (Menggantikan merah jambu!)
Ini adalah warna yang membantu untuk meredakan minda, dan ternyata seisi dunia amat memerlukannya! Bayangkan palitan warna ungu hangat digandingkan bersama rona bumi dan hijau pekat, pastinya memberikan hasil persekitaran zen yang menenangkan! Adalah sangat penting bagi semua pereka bentuk dalaman untuk mengetahui apa yang terbaik selain mengambil kira semua aspek dalam proses meranang dekorasi ideal dan sempurna.