GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur – Page 2 – Glam Malaysia

GLAM Deko Ruang – Trend Rekaan Dapur

KABINET HANDLELESS

Rupa linear keseluruhan terbukti sangat popular di dapur moden hari ini. Rekaan kabinet handleless untuk gaya yang sederhana namun moden, terutamanya dalam kemasan gloss dan warna-warna tanah kelabu atau neutral. Permukaan kayu dengan efek ira dan warna kayu lebih popular diterima, selain turut dicat dengan ajnas warna pilihan dalam kelompok warna natural dan tidak terang. Dapur tampil lebih elegan dan fleksibel.