Ilham – Idea Hias Meja Santapan Merai Tetamu – Page 3 – Glam Malaysia

Ilham – Idea Hias Meja Santapan Merai Tetamu

Manis Merah Jambu

Tonasi warna si dara pingitan ideal diganding bersama kelengkapan pinggan mangkuk serba putih ditemani kutleri tembaga. Penggayaan sempurna buat sesi minum teh bersama teman-teman perempuan.

Dari atas kiri; set cawan teh Twig New York Blue Bird, pinggan salad berwarna merah jambu dengan kelim bersadur keemasan, disusun bersama mangkuk sup sepadan. Set kutleri Parisienne kemasan matte, pinggan manisan Scallop ace, pinggan sampingan berkelim emas, dulang kekĀ  berperincian tebuk potongan berlian, teko Twig New York Blue Bird, pinggan berbentuk empat segi panjang berukir riben dan pinggan makan malam berukir corak renda bangsawan. Kesemuanya daripada Lovera Collections.