Kediaman – Aura Eropah Moden – Page 3 – Glam Malaysia

Kediaman – Aura Eropah Moden

Ruang makan formal menghadapi pemandangan landskap hijau dan kolam ikan koi berkongsi lantai yang sama dengan binaan kaunter dapur berpulau. Meja makan berbentuk bulat atas permintaan pemilik diganding bersama kerusi berangka besi bersepuh keemasan dibaluti baldu hijau emerald. “Kaunter dapur berpulau ini mampu berfungsi sebagai ruang tambahan sebagai kaunter buffet dan duduk-duduk jika diperlukan apabila pemilik merai tetamu. Malah, apabila penghuni kediaman sibuk menyiapkan hidangan, mereka masih boleh berbual-bual dengan tetamu tanpa rasa janggal,” kata Siti Hawa.