Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris – Page 2 – Glam Malaysia

Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris

Berapakah jangka masa binaan landskap?

Proses mereka bentuk taman dimulakan terlebih dahulu sejak awal tahun 2008. Manakala proses dekorasi hanya dilakukan pada penghujung tahun tersebut. Ini untuk memastikan tanaman dan pokok-pokok membesar terlebih dahulu sebelum proses pengubahsuaian dan hiasan dalaman rumah bermula. Pokok-pokok yang baru ditanam memerlukan masa yang agak lama untuk matang dan merimbun.