Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris – Page 3 – Glam Malaysia

Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris

Pembinaan bermula dari bahagian taman dahulu yakni pembinaan landskap kejur (hardscape) seperti kolam ikan, air pancuran, aliran sungai buatan yang mengelilingi kediaman, pathway, ornamen taman, patio dan wakaf. Selepas itu barulah kerja-kerja ‘softscapes’ seperti pengemburan tanah, rawatan tanah melalui campuran baja dan kompos, seterusnya penanaman pokok-pokok dan rumput dilakukan.