Kediaman – Dekorasi Gaya Ilham Nautika – Page 8 – Glam Malaysia

Kediaman – Dekorasi Gaya Ilham Nautika

Apakah signature anda dalam projek ini?

Untuk projek ini, saya amat menekankan kepada pemilihan perabot, warna dan dekorasi yang tidak sarat. Perabot yang berfungsi dengan tepat, nilai estetik daripada kemasan feature wall menjadi signature. Saya cuba lari dari kebiasaan dan kehendak kebanyakan pemilik yang beranggapan bahawa gaya Inggeris perlu mengetengahkan elemen wainscoting. Rekaan jalur kayu secara menegak (vertical wood stripes) juga mampu mengubah ruang yang kecil nampak lebih tinggi dah luas.