Kediaman – Denai Sepuloh – Page 4 – Glam Malaysia

Kediaman – Denai Sepuloh

 

“Ilham rekaan adalah gabungan unsur seni bina dan persekitaran tropika yang diadaptasi menjadi satu. Elemen raw saya hadirkan untuk impak lebih asli dan membentuk ruang lebih berkarakter dengan identiti tersendiri. Ruang lepas bebas, berkonsep terbuka dengan bukaan pintu gelangsar boleh laras, menghidupkan suasana persekitaran tropika yang tenang, damai dan menyegarkan,” terang Ar. Razin ketika membawa penulis meninjau keseluruhan ruang kediaman.