Kediaman – Denai Sepuloh – Page 5 – Glam Malaysia

Kediaman – Denai Sepuloh

Elemen Raw

Konkrit simen tanpa sebarang kemasan selain penggunaan kemasan lantai dari raw cement dilihat mendominasi elemen seni bina. Hanya ruang dalaman seperti dapur yang dibina bersekali ruang tamu utama, kamar beradu dan ruang keluarga di aras atas dilapisi palitan rona putih untuk tampil polos selain mudah diserasikan dengan pilihan perabot dan elemen dekorasi. Tatkala duduk di ruang tamu utama, pandangan lepas bebas ke arah pesekitaran landskap hijau yang menyejuk mata. Sebuah kolam dibina sepanjang 10 meter di sisi kediaman terasa seolah-olah sedang bersantai di resort tropika yang begitu mendamaikan. Kicauan burung berterbangan, desiran bunyi air dan pepohon melambai sukar digambarkan dengan kata-kata. Inilah ketenangan yang cuba Razin ciptakan sebagai hadiah dan penghargaan buat isteri tercinta dan anak-anak.