Kediaman – Denai Sepuloh – Page 6 – Glam Malaysia

Kediaman – Denai Sepuloh

Berkongsi pelan lantai yang sama, dan hanya dipisahkan dengan binaan island, ruang dapur kering polos namun praktikal dengan mainan warna putih bersih. Berkonsepkan open kitchen, Razin mereka konsep dapur yang dapat memudahkan isteri dan pembantu untuk menyediakan hidangan buat keluarga dan ketika menerima kunjungan tetamu. Penggunaan compressed chipboard dengan highgloss laminate putih berjaya membentuk dapur impian isteri yang mendambakan suasana elegan namun tahan lasak dan kekal lama untuk jangka masa panjang.