Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden
“Kediaman asal pemilik ini dibina di atas sebuah kediaman bergaya resort ala Bali yang merupakan gaya popular suatu ketika dahulu. Tetapi untuk kediaman baru, klien ini mahukan sesuatu yang lebih segar dengan gaya semasa yakni raw dengan gabungan dinding konkrit dan bata merah. Namun demikian, klien juga (khususnya Kapten Lee) tertarik pada sesuatu yang bergaya retro dan vintaj. Sebelum ini kerjayanya menuntut dia berpangkalan di China lantas memberi peluang yang luas untuk seleksi barangan bergaya sebegini. Dia juga telah membawa pulang rekaan semula motorsikal lengkap tempat duduk sisi seperti yang digunakan oleh tentera Rusia ketika Perang Dunia kedua,” ujar Ramesh dalam nada teruja. “Bahagian terbaik untuk kediaman ini adalah kami memiliki klien yang bersifat quirky dan memiliki pelbagai barangan berbeza dan membuka kemungkinan untuk apa sahaja. Tambahan pula klien ini memiliki akses kepada hampir apa sahaja komponen eksotik dan dihasilkan dengan harga murah di China menjadikan ia lebih menarik. Kediaman ini tidak memilih konsep tertentu tetapi penghujungnya klien menetapkan tema mengikut ruang-ruang tertentu.”