Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden – Page 4 – Glam Malaysia

Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden

Sebuah tangga berpusar yang direka indah dengan kemasan konkrit terbuka mendaki ke tingkat atas dihias plaster lepa bekas matte panel nipis pada selusurnya dan rod halus berlampu. Tingkat satu kediaman ini menjadi lokasi buat kamar beradu utama dan dua kamar beradu anak mereka tetapi tarikan di tingkat ini adalah teres dengan bar minuman yang mengangkat tema 50-an hingga 70-an bersama mozek retro seperti yang boleh dilihat pada rumah lama, bidai hitam dan putih juga kerusi gunting rambut vintaj sebagai bangkunya. “Lounge di luar kediaman ini merupakan bayangan klien sebagai perlambangan kepada gabungan gaya kolonial dan klasik yang boleh dilihat untuk tema kota Hong Kong. Selingan bidai hitam dan putih menggambarkan pengaruh gaya kolonial di Malaysia, manakala jubin seramik geometri dan selusur simetri pengaruh China dalam garisan hitam terdapat pada tiga sisi lounge ini,” kata Ramesh.