Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden
Sarat Perincian
Direka di tingkat atas kediaman merupakan sebuah kotak kaca yang diinspirasikan berdasarkan Barcelona Pavilion rekaan Mies Van Der Rohe. Apabila menghasilkan rekaan pintu buat almari daripada travertin signatur seperti yang terdapat di Barcelona Pavilion, ia menuntut kos yang tinggi. Kapten Lee bertuah kerana menjumpai pembekal almari di China yang boleh menghasilkan cetakan yang sama pada permukaan pintu almari, “Kapten Lee memiliki idea untuk meletakkan potret Jim Morrison dalam salah satu kamar dan Jimi Hendrix pada kamar lain kerana anak lelakinya dan dia menggemari muzik selain turut bermain gitar dan drum. Azlan (salah seorang arkitek untuk projek ini) berjaya mendapatkan dan menyunting imej yang bersesuaian dan akhirnya dihantar ke China untuk dihasilkan, pemasangannya pula dilakukan oleh kontraktor dalaman tempatan.”