Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden – Page 6 – Glam Malaysia

Kediaman – Fusion ‘Cinta’ Moden

Tatkala Kapten Lee dan ahli keluarganya mendiami kediaman unik ini, mereka telah menamakan kediaman ini dengan nama Chahna yang bermaksud cinta dalam bahasa Sanskrit. Walaupun puitisnya nama ini jika dilihatkan pada rekaan kediaman, biarpun nampak janggal dengan gaya yang brutal, tetapi apabila seseorang melihat jauh daripada pandangan pertama, ia sememangnya sesuai kerana projek ini sememangnya terlahir dari rasa cinta oleh kedua pihak yakni pereka dan klien.