Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium – Page 2 – Glam Malaysia

Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium

“Konsep eklektik mewah ini merupakan pilihan pemilik sendiri. Untuk projek ini, secara amnya saya banyak bermain dengan koleksi asal mereka. Pemilik merupakan pasangan yang telah bersara dari pekerjaan dan mahukan kehidupan yang  lebih ringkas namun masih mengekalkan gaya dan rasa dari kediaman lama mereka. Untuk itu, tugas saya adalah untuk memastikan pemilihan yang dilakukan ada sedikit penapisan agar terlihat lebih rapi dan ada keseragaman dari ruang hadapan dan menyeluruh ke seluruh kediaman,” kongsi Ben. Suai padan yang dilakukannya ternyata berjaya menyuntik gabungan rasa antara pemilik dan pereka yang begitu serasi.