Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium – Page 3 – Glam Malaysia

Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium

Sulaman Moden

Aura moden dan klasik terlihat berdansa seirama dari ruang hadapan dan menebar keseluruhan kediaman. Ternyata percaturan yang diambil pereka berjaya menaikkan nafas kontras yang tampil begitu bergaya. Tambah Ben, “Kunci penataan ruang kediaman adalah pemilihan lampu yang telah saya tegaskan membawakan rasa moden. Contohnya lampu candelier yang menghiasi ruang tamu ini bersifat lebih moden dan ringkas biarpun pemilik lebih meminati kristal. Berbeza di ruang makan dan dapur, gaya yang terkini dan moden saya bawakan untuk padanan kontras apabila diacukan bersama meja makan dan perincian yang dipilih buat kabinet dapur. Oleh kerana perabot kebanyakanya berasal dari kediaman lama, kami ubah suai wajahnya, rasa klasik itu sememangnya telah wujud. Oleh itu perincian lebih glamor menaikkan lagi seri ruang kediaman.” Pemilihan kemasan lembut yang bijak juga turut membantu menaikkan seri ruang. Mengambil contoh set meja makan gaya klasik diubah fabrik upholsteri hitam dan putih berserta meja makan yang moden dengan kaki keluli indah menepati ruang.