Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium – Page 6 – Glam Malaysia

Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium

Menjelajah ke ruang dapur, Ben memilih untuk melengkapi ruang ini dengan kabinat jenama Signature Kitchen untuk memastikan hasil yang terbaik, bukan sahaja dari segi wajah malah juga kualitinya. Pemilihan jubin yang menghiasi dinding dapur basah dan kering mengilhamkan rasa lebih kontemporari dengan corak geometri rona putih buat dapur kering. Pada dapur basah pula, dia memilih padanan rawak jubin bercetak ala retro seakan gaya Baba Nyonya yang didapati daripada jenama Feruni. Perincian kecil seperti tab dan singki turut dipastikan selaras dengan gaya yang ingin diketangahkan dan tidak hanya bergantung kepada apa sahaja yang diberikan oleh pemaju.