Kediaman – Jacaranda House
Elemen rekaan
Ketinggian siling dan binaan tingkap dan dinding kaca serta keluasan lantai yang maksimum menjadikan secara visual lebih gah dan mewah. Malah kelainan reka bentuk ruang yang direka berbeza aras lantai juga membuatkan diri berasa kerdil berada di dalamnya. Kelapangan volume ruang dalaman membolehkan pancaran cahaya suria dari arah belakang menata pencahayaan ruang, menambah efek ruang lebih luas, lapang dan mengundang. Ilham moden disatukan bersama gaya tropika dengan penampilan keseluruhan ruang di tata ringkas, menarik dan teratur bagi membentuk sebuah mahligai yang membina ketenangan kepada pemiliknya.
0 Comments