Kediaman – Jacaranda House – Page 3 – Glam Malaysia

Kediaman – Jacaranda House

Oleh kerana bentuk muka bumi yang berbukit, Arkitek Razin menghasilkan binaan banglo pada kedudukan 45 darjah dari arah jalan masuk, menjadikan ia satu tarikan utama saat tiba di kediaman ini. Sebaik melangkah masuk, kehadiran kami disambut ketenangan kolam di halaman tengah yang direka berkonsep terbuka, juga merupakan tumpuan utama kediaman. Semua binaan kamar beradu di aras satu di bina mengadap ke arah halaman ini. Selain kolam renang di halaman courtyard, sebuah lagi kolam renang infiniti, pada ketinggian satu meter di atas paras tanah direka di bahagian sebelah barat, yakni mengadap matahari terbenam dalam suasana santai yang mendamaikan.