Kediaman – Kontemporari Ala Resort – Page 2 – Glam Malaysia

Kediaman – Kontemporari Ala Resort

Apakah konsep dekorasi kediaman?

Tatkala merancang untuk memilih konsep hiasan dalaman, suami memberi kebebasan kepada saya untuk memilih gaya yang menjadi minat dan cita rasa sendiri. Lantaran gaya ala resort kontemporari, bermain tonasi bumi, dengan padanan perabot daripada rona senada menjadi tunjang dekorasi kediaman. Pengalaman, cita rasa dan kreativiti sendiri saya terjemahkan dalam penataan ruang. Begitu juga binaan landskap yang mengepung kediaman. Konsep landskap ala resort digabungkan agar serasi dengan iklim dan suasana setempat.