Kediaman – Kontemporari Ala Resort
Ceritakan tentang binaan landskap?
Pembinaan landskap agak minimal dan direka untuk memastikan ruang luar dan dalam saling berinteraksi melalui bukaan pintu gelangsar di ruang tamu dan ruang makan utama. Aliran udara yang hadir ke dalam ruang mencipta ambien tenang dan terasa begitu mendamaikan. Biarpun tidak mengetengahkan elemen pembinaan landskap kejur (hardscape) seperti binaan kolam atau wakaf, cukup hanya dengan tanaman rumput dan pokok dalam membentuk landskap minimal yang praktikal untuk kami sekeluarga.
Arkib GLAM Deko Disember 2018
0 Comments