Kediaman – Mahligai Zizimimi & Co – Page 2 – Glam Malaysia

Kediaman – Mahligai Zizimimi & Co

Binaan kabinet dapur berwarna hitam matte material jenis MDF menjadi fokal pemisah antara ruang selain kemasan dinding Shiplap. Sambung Mimi, “Kami bekerjasama dengan lima kontraktor berbeza mengikut kepakaran mereka untuk menyiapkan ruang-ruang yang telah kami rancang dan reka. Think before you dream. Kami perlu merancang sebaiknya meski menjadikan Pinterest dan Instagram sebagai rujukan. Ramai yang masih tidak sedar, corak kerja dan gaya memasak dapur orang kita sama sekali berbeza dengan corak kerja dapur orang Amerika atau Eropah yang mana perkara itulah perlu dititikberatkan.”