Kediaman – Mahligai Zizimimi & Co
Kabinet dibina full length (ukuran penuh mencecah siling) agar tiada ruang dibiar terbazir tanpa fungsi selain menampakkan visual lebih kemas dan luas. Dalam reka lantai sama, pemilik turut membina ruang pantri dan ruang basuhan (laundry area). Pintu kayu cerah jenis gelangsar atau barn door bertindak sebagai pemisah antara ruang yang mana adalah kunci kepada gaya dekor farmhouse yang diingini. Jubin bercorak monokrom hitam dan putih menjadi asas lantai ruangan ini. Pantri menjadi tempat simpanan stok makanan kering penghuni diatur kemas dan rapi di atas rak berpara dan kabinet berlaci berukuran sembilan kaki panjang berbentuk L.
0 Comments