Kediaman – Oasis Rimba
Rekaan siling double volume di ruang tamu utama bersekali ruang makan utama dan dapur kering menggalakkan aliran udara yang efisien. Lantai dibentuk daripada susunan jubin yang secara tidak langsung memberi efek dingin apabila menjejak kaki di atasnya. Dinding terbina daripada aturan batu bata merah. Sebahagian besar fungsi dinding digantikan binaan panel tetingkap labuh dan pintu lipat (folding doors) kaca telus agar pandangan tidak terpisah langsung dari dunia luar.
0 Comments